Hello to my friends! Saya telah mendapatkan beberapa teknik-teknik yang boleh membantu kita dalam menghadapi hari peperiksaan. Well, I know that this year we will sit for SPN21 exam. Nervous hah, me too..haha..Do not worry, here are some tips for you...Gud luck!
BIJAK          BELAJAR                     
Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Berdoa kepadaTuhan agar segala cita-cita terkabul dengan sepenuh hatimu.
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
PANDUAN BELAJAR
Kaedah Belajar Berkesan
1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
5. Memahami apa yang dibaca.
6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
Sesiapa yang mempunyai kebolehan          akan berjumpa landasan yang tepat.
       - Charles Cahier          
 Kejayaan tidak datang kepada          manusia yang leka.
       - Charles Cahier          
 Semua yang dicapai oleh manusia          dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung          pemikirannya.
       - James Allen 
 Menyimpang seinci, rugi seribu          batu.
       - Peribahasa Cina          
 Rahsia kejayaan adalah ketekalan          matlamat.
       - Benjamin Disraeli          
 Perbaiki diri anda, tetapi          jangan jatuhkan orang lain.
       - I. Salanter Lipkin          
 Pengiktirafan dan ganjaran          datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik          dalam perbuatannya.
       - Aristotle 
 Anda tidak boleh mencipta          pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
       - Albert Camus 
 Nilai manusia adalah semahal          nilai matlamatnya.
       - Marcus Aurelius          
 Manusia yang tidak berharap          untuk menang telah sedia kalah.
       - Jose Joaquin Olmedo          
 Tiada manusia yang berjaya dalam          semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya          mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak          menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan          usaha hingga ke akhir hayat.
       - Joseph Conrad 
 Manusia tidak merancang untuk          gagal, mereka gagal untuk merancang.
       - William J. Siegel          
 Minda yang mahu akan memudahkan          perjalanan yang susah.
       - Philip Massinger          
 Perjalanan seribu batu bermula          dari satu langkah.
       - Lao Tze 
 Kegagalan adalah asas          kemenangan
       - Lao Tze 
 Jika tujuan anda jelas, anda          boleh mencapainya dengan mudah.
       - Lao Tze 
 Kurang semangat mengakibatkan          lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan          atau kemahiran.
       - Flower A. Newhouse          
 Masa depan itu dibeli oleh masa          sekarang.
       - Samuel Johnson          
 Orang yang berjaya dalam hidup          adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus          kepadanya tanpa menyimpang.
       - Cecil B. DeMille          
 Jika anda mahu membuat sesuatu,          anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu,          anda akan cari alasan.
       - Peribahasa Arab          
 Hendak seribu daya, tak hendak          seribu dalih.
       - Peribahasa Melayu          
 Orang yang hebat bertindak          sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan          tindakannya.
       - Confucius 
 Seseorang yang melakukan          kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu          kesalahan lagi.
       - Confucius          
       
Bagi para remaja perempuan yang mengemari membuat kek, di sini ada beberapa panduan untuk membuat kek. Sesuai dihidangkan ketika belajar bersama kawan-kawan dan juga ketika peperiksaan...
Resepi Kek Usaha Kejayaan
Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
       ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna          )
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.
 How about now? Still nervous? Stay cool man, don't be so lame! I know that you can do it BAYBEH!!!

0 comments:
Post a Comment